Resepi kek cawan mudah | tanpa mixer | gebu dan Moist

Описание к видео Resepi kek cawan mudah | tanpa mixer | gebu dan Moist

Resepi kek cawan mudah dan simple tanpa mixer guna blender je. Hi semua . Kali ini kami kongsi resepi cupcake atau kek cawan simple dan mudah dengan menggunakan bahan-bahan yang mudah dan hanya menggunakan blender. Tekstur kek cawan ini lembut gebu dan rasanya yang sedap. Ia berperisa oren sunquick dan dihias dengan ceri di atasnya.

Jom masuk dapur bersama anak-anak, kita masak kek cawan yang menggunakan blender dan bahan-bahan yang mudah sahaja. Hasilnya kek cawan yang berperisa oren dan cantik dihias ceri merah dan hijau di atasnya. Tekstur kek yang gebu dan lembut anak-anak pasti gembira dengan hasil air tangan mereka. Mesti cuba ya.

Time stamp
0:00​​​​ Resepi kek cawan simple- intro
0:15​​​​ Cara buat kek cawan
2:30​​​ Hasilnya kek cawan yg sedap dan moist

Bahan-bahan:

Bahan A : (kisar)
2 biji telur A
1 sudu kecil oren sunquick
1/2 cawan minyak masak

Bahan B :
1 cawan tepung kek
1/3 cawan susu cair (6sudu besar)

ceri hijau dan merah untuk hiasan.
acuan kek kertas

Cara-cara :

1. Kisar semua bahan A sehingga sebati.
2. Tuang bahan kisar ke dalam mangkuk. Masukan pula bahan B. Kacau sebati semua bahan ini menggunakan whisk.
3. Sediakan 12 acuan kek kertas dan tuang adunan 3/4 acuan.
4. Tabur kan ceri hijau dan merah ke atas nya.
5. Masak kek ini selama 1 jam dengan suhu 150 darjah. atau sehingga masak.

Adunan kek ini menghasilkan 12-15 biji kek cawan bergantung kepada saiz cawan kertas.

Mohon Follower MALAY kitchen SUBSCRIBE Youtube kami :
   / malaykitchen​  

Laman web rasmi Malaykitchen :
https://malaykitchen.my​

Telegram Malaykitchen :
https://t.me/malaykitchen​

Muzik oleh : Ikson
  / ikson  

#malaykitchen #kekcawansimple #cupcakerecipe

Комментарии

Информация по комментариям в разработке