Talam Suji Lemak Manis Talam Legend Sukatan Cawan Versi Kak Ani

Описание к видео Talam Suji Lemak Manis Talam Legend Sukatan Cawan Versi Kak Ani

Resepi Talam Suji.

Bahagian Bawah
4 cawan santan Cair
1 1/2 cawan tepung suji
1/2 cawan gula pasir
sedikit pewarna kuning
2 helai daum pandan
sedikit garam

Bahagian atas
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula merah
3 cawan santan pekat
1 cawan air
2 sudu gula pasit
2 sudu tepung kastard
1 biji telur

Cara Penyediannya

1.Untuk bahagian bawah masukkan santan,daun pandan didalam kuali dan masak dengan api yang perlahan
2.Masukkan tepung suji dan kacau sehingga tepung suji kembang.
3.Masukkan sedikit pewarna kuning
4.Apabila hampir pekat masukkan gula dan garam.
5.Kacau hingga pekat kemudian masukkan ke dalam acuan yang telah dilapik plastik dan disapu minyak
6.Panaskan air kukusan dan Kukus selama 20- 25 minit dengan api yang sedehana kuat.
7.Untuk bahagian atas masak terlebih dahulu gula merah dan air sehingga larut kemudian tapiskan.Biarkan sejuk
8.Masukkan telur,gula,tepung kastard,tepung gandum dan santan kedalam mangkuk adunan.Kacau sebati.
9 Akhir sekali masukkan air gula merah dan kacau sebati kemudian tapiskan
10.Masak adunan di atas api sehingga naik wap dan pekat sedikit kemudian masukkan kedalam loyang yang ada talam bahagian bawah.
11. kukus selama 25 - 30 minit dengan api yang sedeehana kuat.

talamsujikuihlegend#kuihtradisionalmahanisalman

Комментарии

Информация по комментариям в разработке