Rahsia Dan Step By Step Karipap Pusing Rangup Hingga Ke Malam Sukatan Cawan Versi Kak Ani

Описание к видео Rahsia Dan Step By Step Karipap Pusing Rangup Hingga Ke Malam Sukatan Cawan Versi Kak Ani

Resepi

Untuk inti

4 biji kentang (potong dadu)
5 biji bawang kecil(mayang halus)
4 ulas bawang putih (mayang halus)
1 tangkai daun kari
150 g isi ayam
2 sudu makan serbuk kari
daun sup daun bawang secukupnys
minyak untuk menumis
2 sudu teh gula
Garam secukup rasa
1 sudu teh serbuk perasa

Doh A
2 1/2 tepung gandum (315 g)
1/4 cawan minyak masak(panaskan)(50ml)
Garam secukup rasa
2/3 air peti sejuk (anggaran)(170 ml)

Doh B
1 1/4 cawan tepung gandum(170g)
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan shortening
1/2 cawan majerin(anggaran)(125)

minyak untuk menggoreng

Cara penyediaannya
untuk inti
1.Potong dadu kentang.
2.Panaskan minyak dan tumis bawang kecil ,bawang putih dan daun kari hingga kekuningan.
3.Masukkan sedikit air dan bila mendidih masukkan rempah kari.
4.Apabila pecah minyak masukjan ayam,kentang dan air secukupnya .
5.Masak sehingga kentang mendidih dan bila kentang dah empuk baru masukkan garam,gula dan serbuk perasa.
6.Apabila inti kering masukkan daun sup daun bawang dan kacau sebati sahaja dan tutup api

Doh A
1.Panaskan minyak masak.
2.Masukkan tepung gandum dan garamke dalam mangkuk adunan
3.Curahkan minyak yang telah panas dan gaul dengan senduk atau spatula.
4.Bila dah rata seperti serbuk roti masukkan air sedikit demi sedikit.bila air tak cukup boleh tambah dan uli sebati.

Doh B
1.Masukkan tepung gandum,tepung beras ke dalam mangkuk adunan.
2.kemudian masukkan shortening ,selepas tu masukkan majerin dan uli adunan sehingga boleh di kepal2..
3.Bahagikan doh A dan doh B kepada 8 bahagian
4.Masukkan doh B kedalam doh A dan perap selama 10 -15 minit dengan menutup permukaannya
5.Canai adunan kemudian gelung adunan.
6.Canai adunan untuk kali kedua.
7.Kemudian potong adunan sebesar 1 inci.
8.Canai adunan dengan menggolekkan penggolek sahaja.
9.Taruh inti kemudian boleh lah kelim karipap mengikut kemahiran masing2.
10.Ulang sehingga selesai.
11.Panaskan minyak secukupnya dan apabila panas masukkan karipap dan goreng hingga kekuningan
12.Untuk menggoreng karipap kita gunakan Api yang sederhana dan mengikut kapasiti minyak kita..
#karipappusing#kuihtradisional#mahanisalman

Комментарии

Информация по комментариям в разработке