RETROSPEKTIF : HARI KEBANGSAAN MALAYSIA (1971)

Описание к видео RETROSPEKTIF : HARI KEBANGSAAN MALAYSIA (1971)

#LensaFINAS
#RetroSpektifSinema

FINAS mempersembahkan program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif dokumentari ‘HARI KEBANGSAAN MALAYSIA (1971)' terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) yang merakamkan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang ke-14 berlangsung pada 31 Ogos 1971 di Padang Kelab Selangor (kini Dataran Merdeka). Pelbagai acara diadakan seperti rapat raksasa dan perbarisan, ikrar rukun negara, nyanyian lagu Negaraku, lintasan kapal terbang Angkatan Tentera Udara Diraja Malaysia serta tembakan meriam sebanyak 14 das. Perbarisan yang di saksikan oleh SPB YDPA Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah serta diiringi oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak ini disertai oleh 10 ribu orang belia Malaysia yang antaranya terdiri dari pelajar-pelajar sekolah menengah sekitar ibu kota. Tonton dokumentari ini secara eksklusif hanya di YouTube FINAS Malaysia pada 01 September 2023 (Jumaat) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di    • RETROSPEKTIF : HARI KEBANGSAAN MALAYS...  
Filem Kita, Citra Kita

#FilemKitaCitraKita
#FINASMalaysia
#MalaysiaMADANI
#MerdekaMalaysia
#HariKebangsaan2023

Комментарии

Информация по комментариям в разработке