Roti Sausage | Sangat Gebu Dan Lembut Sukatan Cawan

Описание к видео Roti Sausage | Sangat Gebu Dan Lembut Sukatan Cawan

Assalamualaikum hai semua, harini Dapur Ibunda akan kongsikan Resepi Roti Sausage yang hasilnya sangat gebu dan lembut.saya sediakan resepi ini dalam sukatan cawan ,cara membuat roti sausage ini sangat mudah dan hasilnya sangat gebu dan lembut

Untuk 1 adunan boleh dapat 10 roti sausage saiz besar seperti saya buat,kalau saiz kecil boleh dapat lebih lagi.tip untuk mendapatkan roti sausage yang lembut pastikan adunan diuli sehingga lembut dan elastik dan bila dah masak masukkan dalam bekas yang tertutup elakan kena angin.
Jom sediakan bahan bahannya😊

Bahan bahan

170 gram susu full cream @ 3/4 cawan tolak 1 sudu besar susu full cream
1 1/2 sudu kecil @ 5 gram yis kering
2 sudu besar @ 30 gram gula pasir
2 cawan @ 320 gram tepung high protein / tepung gandum
1 biji telur
1/4 sudu kecil garam
2 1/2 sudu besar @ 37 gram majerin

1 kuning telur + 1 sudu besar susu ( sapuan atas doh)
Bijan secukupnya
Sos cili secukupnya
Mayonis secukupnya
Kepingan oregano secukupnya

*Bakar pada suhu 180’c selama 15 hingga 20 minit guna api atas & bawah
*Timbang 60 gram atau bahagi kepada 10 bahagian

Selamat mencuba 😇

Terima kasih kerana menonton dan jangan lupa tekan button like, subscribe dan share untuk perkongsian resepi di masa akan datang 🥰‼️

Комментарии

Информация по комментариям в разработке