Mee Goreng Daging Ala Mamak | Versi sempoi

Описание к видео Mee Goreng Daging Ala Mamak | Versi sempoi

Untuk kali ini, Che Nom nak kongsikan cara untuk masak Mee Goreng Daging ala Mamak versi sempoi atau express. Kenapa sempoi, sebab dulu Che Nom pernah share video maskan mee goreng mamak yang lengkap dengan cara untuk buat pes sekali dan agak rumit untuk disediakan. Kali ini, memang versi sempoi aja tapi cukup sedap lah.
Dulu di utara kalau nak makan yang special memang Che Nom akan order mee goreng daging ni kat kedai mamak.
Selain daging, apa yang penting dalam masakan ni ialah kita gunakan air rebusan daging untuk lebih rasa manis-manis daging tu. Untuk bahan tumis pula, ada 2 bahan penting yang digunakan. Makan panas-panas, gaul pulak dengan perahan limau nipis, sedap apa nak dikata. Kalau dah jemu cara masak mee yang biasa, sesekali boleh tukar selera masak mee goreng style mamak ni pulak.

//Bahasa Melayu
---------------------------------------------------------------
Bahan-bahan untuk kisar halus:
3 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
5 -7 tangkai cili kering ATAU 2 sudu besar cili kisar
(**kurangkan cili jika mahu kurang pedas)
1 sudu besar udang geragau
Sedikit air

Bahan-bahan kacang goreng:
2 sudu besar kacang tanah
2 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan lain:
¼ cawan minyak masak
1 sudu besar serbuk kari
½ cawan air rebusan daging
Sayur sawi
3-4 sudu besar sos cili
3-4 sudu besar kicap manis
2-3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil serbuk lada sulah
2 biji tomato
1 biji kentang rebus
Garam, secukup rasa
1 paket /450g mee kuning
1-2 sudu besar kicap pekat karamel
2 biji telur
Sedikit perahan limau nipis
Sayur taugeh
Daun bawang
Cili merah
Limau nipis
Bawang goreng


//English
--------------------------------------------------
Ingredients for fine grind:
3 shallots
3 cloves garlic
1 tablespoon dried shrimp
5 - 7 dried red chillis OR 2 tablespoon chilli paste
(**put less chilli if prefer not too spicy)
Some water

Ingredients for fried peanuts:
2 tablespoons raw peanuts
2 tablespoons cooking oil

Other ingredients:
¼ cup cooking oil
1 tablespoon meat curry powder
½ cup beef broth
Mustard green
3-4 tablespoons chilli sauce
3-4 tablespoons sweet soy sauce
2-3 tablespoons light soy sauce
1 tablespoon oyster sauce
1 teaspoon white pepper powder
Beef slices
2 tomato
1 boiled potato
Salt, to taste
1 packet /450g yellow noodles
1-2 tablespoons caramelized soy sauce
2 eggs
Lime juice
Bean sprouts
Green onion
Red chillies
Lime
Fried shallots

Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
#resepichenom #meegoreng

Комментарии

Информация по комментариям в разработке