Apam Balik SUPER Gebu

Описание к видео Apam Balik SUPER Gebu

Jom tengok Che Nom masak menu street food terkenal kegemaran ramai iaitu Apam Balik yang tebal, lembut dan gebu. Sedap sangat kalau masak guna Anchor, 100% New Zealand pure butter, diperbuat daripada susu berkualiti ‘grass fed cow’. Aromatic baunya tu semerbak satu dapur bila masak.
Mula-mula kita sediakan adunan apam balik yang dibancuh dengan butter cair.
Untuk versi klasik, kita tabur lah bahan-bahan macam gula, kacang, jagung manis dan tambah lagi ketulan butter, terus upgrade ha, special rasa nya tu.
Lepas masak, hasil kulit apam balik jadi perang sekata, texture pun jadi berongga, ha, tu yang buatkan apam balik kita tebal, rangup dan gebu. Bila gabung dengan rasa manis gula, lemak dari dan rungup dari kacang tanah sangai dan jagung manis serta lemak masin butter cair, sapu pula dengan butter sekali lagi pada lapisan luar, maka terjadilah apam balik best in the world. Butter juga satu pilihan yang lebih sihat untuk menu ni.

//Bahasa Melayu
-------------------------
Bahan-bahan adunan Apam Balik:
2 cwn /260g tepung gandum
3 sb /38g gula
1 cwn /237ml susu penuh krim
1/2 cwn /119ml air
2 + 1/2 sk serbuk penaik
1/2 sk serbuk soda bikarbonat
1/4 sk garam
1 biji telur
3 sb mentega Anchor
1 sk esen vanila
Beberapa titis pewarna kuning (pilihan)

Bahan-bahan taburan:
Gula
Kacang tanah goreng
Jagung manis tin
Mentega Anchor

//English
-------------------------
Ingredients for Apam Balik batter:
2 cups /260g plain flour
3 tbsp /38g sugar
1 cup /237ml full cream milk
1/2 cup /119ml water
2 + 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
1/4 tsp salt
1 egg
3 tbsp Anchor butter
1 tsp vanilla essence
A few drops yellow food coloring (optional)

Sprinkle ingredients:
Sugar
Fried peanuts
Canned sweet creamed corn
Anchor Butter



Instagram: http://bit.ly/CheNomInstagram
Twitter: http://bit.ly/CheNomTwitter
Facebook: http://bit.ly/CheNomFacebook
Jenama Kuali : https://chenom.my/kuali-yang-selalu-c...
Jenama Pisau: https://chenom.my/pisau-yang-che-nom-...
Model Blender: https://chenom.my/blender-yang-che-no...

#resepichenom

Комментарии

Информация по комментариям в разработке