RETROSPEKTIF: TUN MUSTAPHA (1966)

Описание к видео RETROSPEKTIF: TUN MUSTAPHA (1966)

#LensaFINAS
#RetrospektifSinema
FINAS mempersembahkan program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif dokumentari 'Tun Mustapha' terbitan tahun 1966 oleh Filem Negara Malaysia (kini FINAS) yang mendokumentasikan perjalanan 'Bapa Kemerdekaan' dan 'Bapa Pembangunan' Sabah, Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun dari lensa seorang pemimpin masyarakat dan keluarga. Tonton dokumentari ini secara eksklusif hanya di saluran BERNAMA TV pada 15 Julai 2021 (Khamis) jam 8.30 malam dan YouTube FINAS Malaysia pada 16 Julai 2021 (Jumaat) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di    / finasmalaysiamy  

Melalui strategi pembangunan khazanah kandungan warisan audiovisual negara melalui teknologi restorasi dan preservasi digital, FINAS melalui Bahagian Makmal telah menaiktaraf kualiti video dan audio filem ‘TUN MUSTAPHA (1966)' ini dengan menggunakan aplikasi Diamant dan Da Vinci Resolve 16 yang mana telah menjalani beberapa proses restorasi digital di antaranya ialah, dirt removal, sharpness improvement, brightness and contrast adjustment

● Filem ini adalah hakcipta sepenuhnya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia dan dilindungi dengan perundangan berkuatkuasa. Sebarang aktiviti muatnaik tanpa kebenaran pihak FINAS adalah satu kesalahan.

● Tayangan Filem 'TUN MUSTAPHA (1966)' ini adalah bagi tujuan pendidikan dan bukan komersil**

● Semua hak cipta penerbitan ini adalah terpelihara. Sebarang muat turun, pindahan dan suntingan semula dengan tujuan penyiaran tanpa kebenaran adalah tidak dibenarkan**

Комментарии

Информация по комментариям в разработке