Kek Pisang Marble Kukus Moist Tanpa Mixer Sukatan Cawan Versi Kak Ani

Описание к видео Kek Pisang Marble Kukus Moist Tanpa Mixer Sukatan Cawan Versi Kak Ani

Resepi kek pisang marble


2 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1 cawan minyak jagung
1 1/2 cawan pisang emas (telah di lenyek)
1 sudu teh soda bicarbonat
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan susu pekat manis (opsyenal)
garam secukup rasa
1 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh esen pisang

acuan 4 x 8 inci
acuan 3 x 7 inci
atau
acuan 7 x 7 inci

Cara Penyediaannya

1.Ayak bahan kering iaitu tepung gandum,soda bicarbonat dan baking powder ke dalam mangkuk adunan dan ketepikan.
2.Lenyek pisang emas anggaran 7 biji sehingga hancur kemudian sukat 1 1/2 cawan dan ketepikan.
3.Dalam mangkuk adunan yang lain pukul telur bersama gula sehingga gula larut
4 Kemudian masukan sedikit garam dan 2 sudu susu pekat manis.kacau hingga sebati.
5.Masukkan 1 sudu teh esen pisang dan kacau sebati.
6.Masukkan pisang yang telah dilenyek dan adukkan sehingga sebati.
7.Masukkan minyak jagung dan kacau lagi sehingga semua bahan sebati
8.Akhir sekali masukkan tepung,soda bicarbonat dan baking powder yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
9.Kacau sehingga sebati dan ambil adunan sebanyak 1/3 bahagian dan masukkan serbuk koko dan kacau sebati.
10.Sapu acuan dengan majerin dan masukkan adunan berselang seli sehingga selesai..
11.Panaskan air kukusan dan kukus kek pisang marble kita selama 45 minit hingga 1 jam dengan api yang sederhana kuat.
#kekpisangmarblemoist#kekpisangcoklat#mahanisalman

Комментарии

Информация по комментариям в разработке