MUZIK TARIAN TRADISIONAL SARAWAK | TARIAN ALU ALU | ETNIK MELANAU | ALU-ALU

Описание к видео MUZIK TARIAN TRADISIONAL SARAWAK | TARIAN ALU ALU | ETNIK MELANAU | ALU-ALU

Tarian Alu-Alu merupakan tarian dari suku kaum Melanau. Tarian ini adalah salah satu daripada tarian yang mempunyai kaitan dengan hari perkabungan bagi masyarakat Melanau dahulu kala. Kebiasaannya, tarian ini akan dipersembahkan pada waktu malam yang bermula dari malam pertama hingga malam keempat hari perkabungan.

Tujuannya adalah untuk menghiburkan hati keluarga dan rakan si mati agar tidak terlalu bersedih. Menariknya gerak tari tarian alu-alu ini tidak mempunyai gerakan yang spesifik sebaliknya gerak tarinya pula sebenarnya berlandaskan aksi-aksi harian. Menurut tradisi Melanau, gerak tarinya diperolehi menerusi mimpi, pekerjaan seharian, perubatan, permainan rakyat dan banyak lagi.

Apa yang pasti, tarian alu-alu ini bukanlah semua boleh melakukannya lebih-lebih lagi gerak tari penari lelaki yang harus mengimbangi badan di atas buluh sambil berpusing-pusing dan mengikut rentak muzik menuntut latihan yang berulang-ulang untuk melakukannya.

Комментарии

Информация по комментариям в разработке