RETROSPEKTIF : PERPADUAN KEBANGSAAN (1964)

Описание к видео RETROSPEKTIF : PERPADUAN KEBANGSAAN (1964)

#LensaFINAS
#RetroSpektifSinema

FINAS mempersembahkan program 'Retrospektif' dengan tayangan eksklusif dokumentari ‘PERPADUAN KEBANGSAAN (1964)' terbitan Filem Negara Malaysia (kini FINAS) yang merakamkan Minggu Perpaduan Kebangsaan yang julung kali diadakan. Tujuan utama minggu ini dilancarkan adalah untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat. Seri Paduka Baginda dalam titahnya menegaskan peranan perpaduan sebagai asas dalam pembentukan satu bangsa khususnya di saat-saat negara dalam keadaan bahaya. Pada upacara ini juga, seluruh rakyat yang hadir telah melafazkan ikrar perpaduan yang diketuai oleh Menteri Penerangan dan Penyiaran, Allahyarham Tan Sri Dato' Senu bin Abdul Rahman dan diikuti dengan nyanyian lagu 'Berjaya' yang dicipta khas sempena Minggu Perpaduan Kebangsaan. Minggu Perpaduan ini juga turut disambut di peringkat negeri, bermula dari Perlis sehingga ke Sabah. Tonton dokumentari ini secara eksklusif hanya di YouTube FINAS Malaysia pada 19 April 2024 (Jumaat) jam 9.00 malam. Jangan Lupa Like, Comment, Share dan Subscribe di    • RETROSPEKTIF : PERPADUAN KEBANGSAAN (...  
Filem Kita, Citra Kita

#FilemKitaCitraKita
#FINASMalaysia
#MalaysiaMADANI
#KementerianKomunikasi

Комментарии

Информация по комментариям в разработке